Tuesday, September 13, 2005

Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sungai Udang Sesi 1


Hari pertama yang berjalan lancar, walaupun pada mulanya masalah bagi set up komputer dan LCD di dalam makmal komputer telah berjaya diatasi.
Sekolah yang pertama yang kami tujui bagi melengkapkan 3 minggu dalam projek komuniti.
Kami telah berjumpa dengan GPK1 Puan Nor Rani Abdul Rahman untuk memaklumkan tujuan kami hadir ke sekolah. Pelajar seramai 40 orang dari kelas 6c telah dipilih berdasarkan tahap penggunaan komputer mereka. Kami mengajar mengikut 2 modul yang telah dibina khas untuk projek ini, yang terdiri dari Modul 1 :Asas Penggunaan Komputer dan Modul 2: Pengenalan MS Office.


Pengerusi Majlis: Cik Norhayati
Modul 1: Encik Azman dan Puan Norliza
Modul 2: Encik Tan dan Cik lynn

Tahniah!!!