Sesi Pertama SK Bukit Beringin
Hujan lebat yang bermula awal pagi tidak menjejaskan semangat kami. Program ini diteruskan di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin dengan seramai 44 orang murid . Makmal komputer yang baru diterima amat baik dari segi peralatan komputer walaupun terdapat sebuah komputer yang mempunyai masalah monitor. Lawatan pensyarah kami iaitu Tn Hj Kamaruddin menaikkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar sekolah ini. Pada waktu rehat kami dijamu oleh pihak sekolah dengan nasi ayam yang amat lazat..nak tambah lagi ni..
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Puan Hjh Zaiton bte Dato' Tambay Chek diatas kesudian beliau menerima kehadiran kami di sekolah untuk menganjurkan projek ini. Kami juga dilayan baik oleh Puan Rohaya Hashim, Penyelaras makmal yang setia membantu walaupun agak sibuk dengan kelas.
Pengerusi:Puan Zarina
Modul1:Encik Tan dan Puan Shikin
Modul2:Encik Asri dan Puan Norliza
Tahniah!!!!

<< Home