Tuesday, September 13, 2005

Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sungai Udang Sesi 2


Hari Kedua di sekolah ini telah berjalan lancar dengan kehadiran pensyarah kami Tuan Haji Kamaruddin dan Guru Besar Sekolah iaitu Encik Rahmam Jantan. Hari Kedua ini kami berpeluang memberikan kursus seramai 38 orang pelajar dari kelas 6 B. Banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki oleh kami semua yang hanya mempunyai masa yang sedikit untuk tugas yang besar. "Let's the killing begin!" bak kata permainan Warcraft yang kami sering bermain bersama di kala waktu yang terluang, begitu juga kursus ini yang kami cuba buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh.


Pengerusi: Tiada (sepatutnya Encik Asri)
Modul 1: Encik Azam dan Cik Lim
Modul 2: Cik Norhayati dan Puan Sham.


Tahniah!!

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyelaras makmal SK Tangga Batu, Encik Ismail yang banyak memberikan kerjasama dan bantuan kepada kami semua....