Sesi Kedua SK Bukit Beringin
Pengerusi: Encik Wan
Modul1: Cik Lynn dan Puan Sham
Modul 2: Encik Asri dan Puan Zakiah
Projek ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka Kursus Sijil Perguruan Khas Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2005/2006 seramai 15 orang yang menjelajah ke 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sungai Udang, Sekolah Kebangsaan Othman Syawal, Masjid Tanah dan Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Masjid Tanah.
Pengerusi: Encik Wan
Hujan lebat yang bermula awal pagi tidak menjejaskan semangat kami. Program ini diteruskan di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin dengan seramai 44 orang murid . Makmal komputer yang baru diterima amat baik dari segi peralatan komputer walaupun terdapat sebuah komputer yang mempunyai masalah monitor. Lawatan pensyarah kami iaitu Tn Hj Kamaruddin menaikkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar sekolah ini. Pada waktu rehat kami dijamu oleh pihak sekolah dengan nasi ayam yang amat lazat..nak tambah lagi ni..
Hari ketiga yang menyamankan..sentiasa santai pada hari ini..kami bermula jam 8.30 dan habis modul 1 jam 9.00...copek tuh...rekod melaysia. Semalam makan nasi lemak time rehat..ok ler tuh, den makan sampai 2 pinggan. Modul 2 awal mula dan kami merasakan bahawa latihan perlu ditambah lagi bagi menguji pelajar kerana kelihatan pelajar-pelajar semakin bijak menggunakan komputer walaupun tidak mempunyai komputer di rumah. Adakala kami merasakan perlu perubahan kepada gaya bertumpu kepada guru kepada gaya mengajar yang berpusatkan pelajar...mungkin perlu ada work group.
Hari kedua di sini..pelajar-pelajar yang agak baik dari segi pengetahuan komputer berbanding semalam... kami beramai- ramai petang semalam makan tengahari di rumah Lynn..Laksa tu..2 pinggan tu... aku la jadi ular sawa lepas makan. Mengajar komputer ini perlu kemahiran yang yang lebih kerana kita akan menjadi lebih faham tentang apa yang kita ajar. Makan nasi lemak di waktu rehat...air cond macam semalam gak...tapi hari ini lebih baik ..tak panas sangat
Berkonvoi ke SK Othman Syawal, sampai pukul 8.30 pagi sebab jarak perjalanan yang agak jauh. KU Asri tak hadir sebab MC( Demam Chicken Pox..) . Suasana yang berbeza daripada SK Tangga Batu.


