Thursday, September 29, 2005

Sesi Kedua SK Bukit Beringin

Pengerusi: Encik Wan
Modul1: Cik Lynn dan Puan Sham
Modul 2: Encik Asri dan Puan Zakiah

Sesi Pertama SK Bukit Beringin

Hujan lebat yang bermula awal pagi tidak menjejaskan semangat kami. Program ini diteruskan di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin dengan seramai 44 orang murid . Makmal komputer yang baru diterima amat baik dari segi peralatan komputer walaupun terdapat sebuah komputer yang mempunyai masalah monitor. Lawatan pensyarah kami iaitu Tn Hj Kamaruddin menaikkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar sekolah ini. Pada waktu rehat kami dijamu oleh pihak sekolah dengan nasi ayam yang amat lazat..nak tambah lagi ni..
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Puan Hjh Zaiton bte Dato' Tambay Chek diatas kesudian beliau menerima kehadiran kami di sekolah untuk menganjurkan projek ini. Kami juga dilayan baik oleh Puan Rohaya Hashim, Penyelaras makmal yang setia membantu walaupun agak sibuk dengan kelas.
Pengerusi:Puan Zarina
Modul1:Encik Tan dan Puan Shikin
Modul2:Encik Asri dan Puan Norliza

Tahniah!!!!

Wednesday, September 21, 2005

Sesi ketiga SK Othman Syawal

Hari ketiga yang menyamankan..sentiasa santai pada hari ini..kami bermula jam 8.30 dan habis modul 1 jam 9.00...copek tuh...rekod melaysia. Semalam makan nasi lemak time rehat..ok ler tuh, den makan sampai 2 pinggan. Modul 2 awal mula dan kami merasakan bahawa latihan perlu ditambah lagi bagi menguji pelajar kerana kelihatan pelajar-pelajar semakin bijak menggunakan komputer walaupun tidak mempunyai komputer di rumah. Adakala kami merasakan perlu perubahan kepada gaya bertumpu kepada guru kepada gaya mengajar yang berpusatkan pelajar...mungkin perlu ada work group.


Pengerusi: Tiada( sepatutnya Kak Liza)
Modul 1: Encik Azman dan Puan Zarina
Modul 2: Encik Tan dan Puan Huzz

Tahniah!!!

Tuesday, September 20, 2005

Sesi Kedua SK Othman Syawal

Hari kedua di sini..pelajar-pelajar yang agak baik dari segi pengetahuan komputer berbanding semalam... kami beramai- ramai petang semalam makan tengahari di rumah Lynn..Laksa tu..2 pinggan tu... aku la jadi ular sawa lepas makan. Mengajar komputer ini perlu kemahiran yang yang lebih kerana kita akan menjadi lebih faham tentang apa yang kita ajar. Makan nasi lemak di waktu rehat...air cond macam semalam gak...tapi hari ini lebih baik ..tak panas sangat

Monday, September 19, 2005

Sesi pertama SK Othman Syawal

Berkonvoi ke SK Othman Syawal, sampai pukul 8.30 pagi sebab jarak perjalanan yang agak jauh. KU Asri tak hadir sebab MC( Demam Chicken Pox..) . Suasana yang berbeza daripada SK Tangga Batu.
Hujung minggu kami bertungkus lumus untuk menyusun modul yang telah direso oleh bahagian percetakan Maktab. Semua modul telah disiapkan dan diasingkan kepada setiap sekolah yang ingin dijalankan kursus.

Pengerusi Majlis: Cik Lynn
Modul 1: Puan Zakiah dan Nasir
Modul 2: Encik Wan dan Puan Shikin


Tahniah!!

Kursus ini yang menyebabkan kami keluar dari maktab seperti Kursus lain yang tidak dijangkakan sedikit masa dulu.Bagaimanapun ia adalah satu kelainan dan sesuatu yang menyegarkan kerana ia dilakukan tanpa memikirkan ganjaran yang kami dapat...begitu idealis...kami begitu bersemangat untuk membantu sekolah terbabit..

Wednesday, September 14, 2005

Tenaga Penggerak PROLIKOM & KSPK TMK 2005/2006 Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
















Zarina, Shiken, Lim, Hus, Yati, Z, Lynn, Sham
Nasir, Azam, Man, Asri, Wan, Tan

Tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Othman Syawal





Tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin





Tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Tangga Batu





Gambar Aktiviti 5




Gambar Aktiviti Program 4















Gambar Aktiviti Program 3




Gambar Aktiviti Program 2




Gambar Aktiviti




Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sungai Udang Sesi 3



Final Day...Hari ini kami bertolak menggunakan kenderaan sendiri dan sampai awal ke sekolah. Untuk hari ini kami telah bersedia dan merasa yakin umtuk mengadakan kursus ini kepda pelajar tahun 6A yang seramai 28 orang.


Penceramah untuk hari ini:

Pengerusi: Puan Zakiah
Modul 1: Encik Nasir dan Puan Hus
Modul 2: Encik Wan dan Puan Zarina

Tahniah!!

Tuesday, September 13, 2005

Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sungai Udang Sesi 2


Hari Kedua di sekolah ini telah berjalan lancar dengan kehadiran pensyarah kami Tuan Haji Kamaruddin dan Guru Besar Sekolah iaitu Encik Rahmam Jantan. Hari Kedua ini kami berpeluang memberikan kursus seramai 38 orang pelajar dari kelas 6 B. Banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki oleh kami semua yang hanya mempunyai masa yang sedikit untuk tugas yang besar. "Let's the killing begin!" bak kata permainan Warcraft yang kami sering bermain bersama di kala waktu yang terluang, begitu juga kursus ini yang kami cuba buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh.


Pengerusi: Tiada (sepatutnya Encik Asri)
Modul 1: Encik Azam dan Cik Lim
Modul 2: Cik Norhayati dan Puan Sham.


Tahniah!!

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyelaras makmal SK Tangga Batu, Encik Ismail yang banyak memberikan kerjasama dan bantuan kepada kami semua....

Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Sungai Udang Sesi 1


Hari pertama yang berjalan lancar, walaupun pada mulanya masalah bagi set up komputer dan LCD di dalam makmal komputer telah berjaya diatasi.
Sekolah yang pertama yang kami tujui bagi melengkapkan 3 minggu dalam projek komuniti.
Kami telah berjumpa dengan GPK1 Puan Nor Rani Abdul Rahman untuk memaklumkan tujuan kami hadir ke sekolah. Pelajar seramai 40 orang dari kelas 6c telah dipilih berdasarkan tahap penggunaan komputer mereka. Kami mengajar mengikut 2 modul yang telah dibina khas untuk projek ini, yang terdiri dari Modul 1 :Asas Penggunaan Komputer dan Modul 2: Pengenalan MS Office.


Pengerusi Majlis: Cik Norhayati
Modul 1: Encik Azman dan Puan Norliza
Modul 2: Encik Tan dan Cik lynn

Tahniah!!!